buka website disekat

Tindakan itu bukan satu penapisan laman web tetapi terus menyekat daripada dapat akses. Berita lanjut boleh didapati di Malayskini dan banyak lagi di internet.

SKMM mengarahkan Internet Service Provider seperti TM, Maxis & Digi untuk menyekat akses ke laman-laman berikut:

1. www.warez-bb.org
2. www.thepiratedbay.org
3. www.movie2k.to
4. www.megavideo.com
5. www.putlocker.com
6. www.depositfiles.com
7. www.duckload.com
8. www.fileserve.com
9. www.filestube.com
10www.megaupload.com

Semasa post ini ditulis, saya masih boleh lagi membuka laman-laman web yang disekat itu.

Caranya adalah dengan menukar Domain Name Server (DNS).

Talian internet saya menggunakan Streamyx, jadi DNS daripada Telekom Malaysia adalah 202.188.0.133 dan 202.188.1.5. Sebenarnya, DNS TM yang menyekat laman-laman tersebut.

Cara untuk membuka laman web disekat:

1. Tukar DNS pada komputer kepada public DNS. Untuk network yang banyak, tukarkan di router/modem.

2. Guna Google DNS iaitu

Primary DNS – 8.8.8.8

Secondary DNS – 8.8.4.4

Untuk senarai lengkap Public DNS, taipkan saja di search engine Google atau Yahoo dan akan tersenarai lebih banyak public DNS.

Bagaimana menukar DNS pada komputer?

Untuk Windows XP

1. Klik Start -> Control Panel -> Network Connection

2. Klik kanan pada icon Local Area Connection

3. Klik Properties -> General

4. Klik pada Internet Protocol TCP/IP -> Properties

5. Tick pada Use the following DNS Server addresses

6. Primary dan Secondary DNS, masukkan IP address seperti di atas.

Untuk Windows Vista & Windows 7

1. Start -> Control Panel -> Netwok & Internet -> Network & Sharing Center

2. Klik Change Adapter Setting

3. Klik kanan pada icon Local Area Connection

4. Klik Properties -> General

5. Klik pada Internet Protocol TCP/IP -> Properties

6. Tick pada Use the following DNS Server addresses

Penafian: Setelah menggunakan public DNS, semua laman web dapat berfungsi dan akan dapat dibuka seperti biasa termasuk laman web tak elok juga. Bimbingan ibu bapa diperlukan untuk umur di bawah 18 tahun.

Pihak kami tidak mengetahui sampai bila public DNS boleh membantu membuka laman-laman web yang disekat ISP. Setakat post ini ditulis, ia masih boleh digunakan.